IDEA BISNES 'PALING POPULAR'  UNTUK

        BAKAL USAHAWAN BARU

Dunia perniagaan pada hari ini penuh dengan pelbagai produk serta barangan yang  mampu menarik perhatian para pengguna. Kepelbagaian barangan serta kemajuan produk bergerak di dalam situasi yang sangat pantas selaras dengan kemajuan teknologi dan kepakaran terkini.

Takrif perniagaan zaman siber adalah suatu urusan jual-beli yang melibatkan pertukaran barangan dan wang ringgit yang dilakukan dengan cepat menggunakan teknologi terkini seperti pembayaran kad kredit secara ‘online’, ‘internet-banking’ dan ‘direct-transfer’Memahami kehendak pengguna merupakan suatu aspek yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan.  Perancangan sebelum memulakan perniagaan amat penting bagi menjamin kejayaan sesuatu usaha perniagaan tersebut.

Suatu ketika dahulu, perniagaan kenderaan atau kereta terpakai merupakan suatu perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana pada ketika itu harga kereta-kereta terpakai setara dan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kereta baru yang terdapat di pasaran.

Walau bagaimanapun, masa telah berubah dan keadaan pasaran telah pun berbeza pada masa kini. Terdapat lambakan pelbagai kereta terpakai yang dijual dalam pasaran semasa. Hasilnya, harga-harga kenderaan terpakai telah menjunam jatuh.

Ini ditambah pula dengan polisi syarikat-syarikat insuran tempatan yang mengenakan caj yang tinggi kepada kenderaan-kenderaan yang sudah ber’umur’. Justeru, terdapat pelbagai pilihan lain serta peluang perniagaan lain yang boleh diceburi oleh bakal usahawan pada hari ini selain bisnes kereta terpakai.

Menurut Sean Stonefield dari Forbes.com, terdapat lebih daripada 20 perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dimulakan dengan segera. Perkataan ‘segera’ tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah kos permulaan yang lebih rendah dan penggunaan perkakasan yang agak minimum bagi memulakan perniagaan-perniagaan tersebut.

Di antara idea bisnes dan projek yang terbaik untuk orang baru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1) Bisnes Burger

Bisnes ini boleh dikategorikan sebagai antara bisnes yang paling popular di Malaysia. Pelbagai jenis burger yang dijual sekarang di merata-rata tempat. Yang paling popular burger bakar.  Kebanyakan bisnes burger ini dipelopori oleh anak-anak muda kita.

Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor kerajaan ataupun swasta. Anda boleh mendapatkan maklumat dan penerangan yang lebih lanjut tentang bisnes burger ini DI SINI.

2) Bisnes Aiskrim

Siapa tak pernah makan aiskrim di Malaysia ni? Ia memang makanan yang agak sinonim dengan rakyat Malaysia.  Kenapa bisnes aiskrim menjadi pilihan? Bisnes aiskrim sekarang pun dilihat semakin popular di Malaysia kini. Sudah ada banyak jenama-jenama besar dalam bidang bisnes aiskrim ini.

Para pelanggannya bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa pun ramai yang meminati aiskrim. Jika musim cuaca panas, jualan aiskrim memang laku habis. Selain itu juga aiskrim juga terkenal sebagai makanan pencuci mulut di sesetengah restoran-restoran di Malaysia. Anda boleh baca DI SINI untuk maklumat lanjut tentang bisnes aiskrim ini.

3) Bisnes Fotografi

Ya, buat duit dengan bisnes fotografi. Itulah yang saya nak sampaikan. Sejak bisnes fotografi ni menjadi salah sebuah perniagaan yang menguntungkan. Jadi memang tepat lagi bidang fotografi ni menjadi salah satu peluang jana pendapatan sampingan. 

Peluang perniagaan ini ada di mana-mana cuma kita perlu pandai bijak merebut peluang dan yang penting buat mengikut minat barulah kekal lama. Sebenarnya dengan kamera ini anda boleh jana pendapatan sampingan RM1000 hingga RM3000 sebulan jika kena dengan caranya. Rahsia bisnes fotografi ini anda boleh dapatkan DI SINI.

Katakanlah dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya anda boleh untung sekitar RM2,000.

Seperkara lagi saya nak bagitau anda, dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K hingga 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K hinga 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.

4) Bisnes Borong Barang dari China Secara Online

Membeli barang secara borong dari negara-negara luar seperti China dan menjualnya kembali di Malaysia menjadi semakin popular di kala  ini. Namun terdapat satu teknik baru yang lebih cepat, murah dan kos efisyen iaitu memborong barang dari China secara online. Namun begitu untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan, kita perlu spesifikkan produk dalam niche apa yang hendak kita jual. Maklumat lanjut tentang perkara ini ada DI SINI.

5) Bisnes Penternakan Kambing

Modal untuk menternak kambing antara perkara penting yang anda kena pertimbangkan jika mahu jadi penternak kambing yang berjaya. Modal untuk menternak kambing bergantung kepada anda. Berapa ekor kambing yang anda mahu ternak pada peringkat awal, jenis kambing apakah yang anda mahu ternak dan berapa besar saiz kandang kambing yang anda inginkan. Semua terpulang kepada anda. Maklumat lanjut tentang penternakan kambing, anda boleh lihat DI SINI.

6) Bisnes Penternakan Ikan Talapia

Ternakan ikan tilapia telah lama berkembang pesat di seluruh dunia. Semakin berkembangnya ternakan tilapia semakin banyak jumlah pengeluaran benih ikan diperlukan untuk memenuhi permintaan psaran yang tinggi. Kini ianya semakin popular di Malaysia. Kalau kita pergi ke kedai-kedai makan yang menjual nasi campur, boleh dikatakan sebahagian besar ada disediakan ikan tilapian goreng, masak sambal pedas dan sebagainya. Ini menunjukkan permintaan terhadap ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Jika anda berminat menceburi bidang penternakan ikan tilapia ini, anda boleh baca DI SINI

7) Bisnes Rumah Lelong

Ramai yang tidak sedar sebenarnya bahaya beli rumah lelong jika anda TIDAK TAHU rahsia rumah lelong di Malaysia. Banyak yang saya jumpa terlibat dengan rumah lelong secara aktif pasti sudah memahami rahsia rumah lelong sebelum mereka menceburkan diri dalam bidang rumah lelong ini. Itu yang aktif, tetapi bagaimana pula yang baru nak berjinak jinak dalam pelaburan hartanah rumah lelong ini ? Maklumat tentang rahsia rumah lelong, anda boleh dapati DI SINI.

8) Menjadi Penulis

Bidang ini mungkin terkeluar sedikit dari skop bisnes tetapi saya masukkan juga segmen penulisan dalam senarai idea bisnes di sini kerana ia juga mampu menjana pendapatan yang lumayan. Mungkin ada di antara anda berminat menjana pendapatan melalui penulisan tetapi tiada sumber rujukan yang tepat dan sesuai. Oleh kerana saya mempunyai sumber rujukan untuk yang berminat dalam bidang ini, jadi saya masukkan sekali di dalam senarai ini untuk membolehkan anda mendapatkan sumber rujukan tersebut.

Seperti yang kita tahu, industri penerbitan dan penulisan tanah air semakin pesat berkembang. Ramai yang bercita-cita ingin menjadi penulis. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melihat karya-karya mereka diterbitkan dan berada di pasaran. Jika anda berminat untuk menceburi bidang penulisan secara serius dan menjana pendapatan yang lumayan melaluinya, anda boleh baca DI SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.

TIPS EKSKLUSIF UNTUK MENDAPATKAN IDEA BISNES !

Idea-idea di atas adalah antara idea-idea yang popular buat masa sekarang dan terpulanglah kepada anda untuk memilih bidang yang mana satu yang kena pada minat dan kebolehan anda. Sebelum mengakhiri penulisan tentang idea-idea bisnes hebat ini, saya ingin berkongsi tips dalam mendapatkan idea bisnes impian anda:

1) Berlatih mendapatkan idea! Mereka yang kurang dapat idea adalah mereka yang kurang cuba fikirkan idea. Lebih banyak kita cuba mencari idea, lebih banyak idea akan datang. Practice makes perfect. Selalu fikirkan idea tak kira sama ada ianya idea yang baik ataupun tidak.Dengan melatih minda kita selalu berfikir dan mencari idea, lebih mudah anda akan mendapat idea pada masa yang akan datang. Seperti bersenam, senamkan minda anda dalam mencari idea. Perlu selalu lakukannya!

2) Thomas Edison pernah berkata “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Cuba kita lihat kanak-kanak. Mereka tidak meletakkan had pada diri sendiri. Tidak risau dan takut melakukan sesuatu kerana “proses pembelajaran”. Tetapi, bagi kita yang telah dewasa, sering meletakkan had dalam kepala kita. Itu tak boleh… ini tak boleh… itu susah… ini susah… segala had pada pemikiran kita sebenarnya menghentikan idea dalam diri kita berkembang.Sering saya nasihat di talk saya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cari idea perniagaan dan jangan fikir sama ada anda boleh lakukannya, atau mana nak cari supplier, atau mana nak cari pelanggan…just bebaskan fikiran kita dari had-had yang ada.. dan fikirkan idea!

3) Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan. Seperti membaca blog ini… pernah tak anda mendapat idea? Ketika membaca akhbar… pernah tak dapat idea? Ketika membaca majalah… pernah tak dapat idea? Atau membaca di Internet? Pastinya pernah!Melalui bacaan, lebih banyak idea kita akan dapat. Tetapi, masalahnya ianya dikatakan budaya membaca adalah amat kurang di Malaysia. Mungkin sebab itu juga kita kurang mendapat idea. Lebih banyak input (melalui bacaan), lebih banyak output (idea-idea bernas) akan tercapai. Tanamkan tabiat membaca dan ini juga akan menanamkan tabiat mencari idea dengan sendirinya.

Selalu berfikir, jangan letakkan had di minda dan selalu membaca adalah kunci asas dalam mencari idea!

Ramai yang mempunyai idea untuk memulakan perniagaan. Tanpa bantuan dan bimbingan yang betul, idea tersebut sering terkubur begitu sahaja. Harapan saya semoga idea-idea bisnes yang dikongsi di atas sedikit sebanyak dapat mencetuskan sesuatu dalam diri anda dalam memulakan bisnes anda nanti.

Semoga sukses!